Kemaafan Di Aidil Fitri
Album : Nur Syawal
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com
ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti
ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan
sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula
terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya
pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan
yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada llah
berkah di hari raya
maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya
Assalamualaikum sahabat-sahabat,rasenye lama dah tidak menaip ni.maaf la,internet ada masalah kat sini.Entri pada kali ini,suka saya untuk memaparkan bingkisan daripada program Majlis kesyukuran dan nuzul Al-Qur'an yang telah diadakan di Dewan Sheikh Abdul Halim,majlis ini adalah dibawah anjuran Unit Sambutan dan Rehlah Serta Unit Dakwah dan Pembangunan Insan,Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat 2009/2010.
Alhamdulillah,program berjalan dengan lancar,program bermula pada jam 1.00 ptg.Iaitu gotong-royong untuk persiapan majlis berbuka puasa.Inilah antaranya suasana ketika gotong royong.
ha..potong,jangan tak potong...jangan terlebih potong dah la..nanti ada pulak yang termakan sup jari..
ehem ehem..sejak bile jadi rajin ni ustaz luthfi..??mushkill ni...nak bergambar la tu.
pandai ke potong lobak tu?weh Wan,bukan macam tu la potong..tengok aku buat ni..kata Ustaz Asri..
Inilah tukang masak kita,tanpa mereka tak berbuka la jawabnya..betul tak ustaz Syuwari dan ustaz Mahfuz??
Daging yang sudah direbus dan akan dimasak untuk berbuka nanti,mesti sedap..
antara yang hadir..terima kasih ya,kerana memberi kerjasama ustaz-ustaz..
Ustaz Asri,Timbalan Pengarah merangkap Setiausaha program.
sempat lagi bergambar..
hmm,tu la serba sedikit paparan majlis kesyukuran dan sambutan nuzul al-Qur'an di Dewan perwakilan mahasiswa dumyat.sekian..
Blogger Profile
- Wan Nur Zharif bin Wan Nordin
- Merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat.Belajar dalam bidang Syariah Islamiah.