Ingat-mengingati antara kita  

Posted by Wan Nur Zharif bin Wan Nordin

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut `juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, `Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting) , perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini ¿ sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-`Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Jom tambah thaqafah..  

Posted by Wan Nur Zharif bin Wan Nordin

Kata-kata hikmah saidina Ali bin Abi Talib K.W.H

-Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada

-Orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruah dirinya

-kebakhilan adalah himpunan segala keaiban,ia ibarat tali kekang kuda yang menggepalai perjalanan ke arah setiap kejahatan

-senyuman boleh menyuburkan ikatan kasih sayang

-kezaliman adalah tanda berakhirnya pemerintahan raja-raja

-Dengan banyak berdiam diri maka lahirlah kegerunan dan penghormatan

-seburuk-buruk makanan yang haram adalah makanan yang haram

-orang yang menjalankan kegiatan perniagaan adalah sesiapa yang akan menanggung risiko(merempuh bahaya)

menggerakkan sesuatu yang tidak bergerak lebih mudah daripada menghentikan pergerakan sesuatu yang sedang bergerak

-sifat keji seseorang itu diketahui apabila dia banyak bercakap tentang perkara yang tidak memberikan sebarang faedah kepadanya,juga diketahui apabila dia memberitahu tentang sesuatu perkara yang tidak diminta(ditanya).

-Ada tiga perkara yang mebinasakan iaitu:1-sifat sombong yang telah menjatuhkan iblis daripada kedudukan yang asal,2-sifat tamak yang telah mengeluarkan adam A.S daripada syurga dan,3-sifat hasad dengki yang mengajak anak adam A.S supaya membunuh saudaranya sendiri.

-Ada tiga perkara yang berlanjutan (tidak kekal lama)iaitu:1-harta yang ada pada orang boros,2-awan pada musim panas dan,3-kemarahan orang yang sedang bercinta

-duduklah bersama dengan golongan yang berakal samada mereka itu musuh ataupun sahabat engkau kerana sesungguhnya akal akan menduduki,akal juga memberi kesan.

-berjihadlah kamu menentang hawa nafsu sebagaimana kamu berjihad menentang musuh

-Orang jahil dikira masih kecil walaupun sudah tua,manakala orang alim sudah dikira berumur walaupun masih baru(muda)

-Cintakan jawatan kepimpinan boleh menjauhkan diri daripada cintakan Allah SWT

-Berhati-hati tidak mampu mengelakkan diri dari ketentuan Allah SWT.

-Orang yang merdeka adalah hamba selagi memiliki sifat tamak manakala hamba adalah orang yang merdeka selagi dia redha dengan apa yang ada.

-Hendaklah kamu bergaul dengan menusia lain sebaik mungkin sehingga apabila engkau meninggal dunia mereka akan menangisi pemergian kamu dan sekiranya kamu masih hidup ,maka selagi itulah mereka akan mengasihi kamu.

-ambillah hikmah (kebijaksanaan) dimana sahaja ia berada,kerana hikmah juga berada didalam dada orang yang munafiq kemudian ia teragak-agak (tertahan-tahan) untuk keluar sehingga akhirnya ia keluar dan tinggal bersama pemiliknya yang asal (orang mukmin) seterusnya kembali berada didalam dada orang mukmin.

-orang yang melakukan dakwahsedangkan dirinya tidak melakukan sebarang amalan (adalah sia-sia)umpama orang yang memanah sedangkan panahnya tidak bertali.

-Tinggalkanlah perbuatan dosa sebelum perbuatan dosa tersebut meninggalkanmu.

-Dunia ini hanyalah mimpi(ilusi),manakala akhirat suatu kenyataan(realiti).Kita yang berada diantara dunia dan akhirat adalah igauan mimpi yang bukan-bukan.

-orang yang redha dengan perbuatan sesuatu kaum adalah seperti sesiapa yang turut melakukannya bersama mereka,dan sesiapa yang masuk kedalam kebatilan mendapat dua dosa iaitu,dosa melakukannya dan dosa redha dengannya.

-buah fikiran engkau tidak mampu menyelesaikan semua perkara maka hendaklah engkau menggunakannya bagi urusan-urusan yang penting.

-Zuhud(tidak ada keinginan)terhadap dinar dan dirham lebih mulia daripada dinar dan dirham itu sendiri.

-kesalahan orang alim seumpama kapal yang pecah ,lalu kapal tersebut karam dan turut tenggelam bersamanya ialah makhluk.

-Bermusafir adalah neraca kepada akhlak.

Setiap detik umur pergi...  

Posted by Wan Nur Zharif bin Wan Nordin


Setiap detik umur kita pergi,
Pergi tidak akan kembali lagi,
Setiap nafas turun naik mengurangkan
lagi,
Dari detik ke minit, dari minit ke
saat....

Dia bertambah laju pergi,
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita
sedari,
Dari saat ke hari, speed kelajuannya
bertambah lagi,
Lagi cepat umur kita yang pergi....

Dari hari ke minggu, makin jauh umur
kita pergi,
Yang pergi itu tidak berganti,
Yang pergi tetap pergi, yang datang
mengurangkan lagi,
Dari minggu ke bulan, bertambah laju
umur kita lari....

Lari tidak akan bertemu lagi,
Yang lari tetap lari, tidak kembali,
Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh dia pergi....

Dari tahun ke tahun pacuannya terlalu
laju,
Begitulah umur kita pergi, setiap
detik dia luak,
Kita merasa umur kita bertambah lagi,
Luak, terus luak, kurang terus kurang,
Kita merasa umur kita bertambah
panjang....

Kita pun berangan-angan panjang,
Kerana merasakan hidup panjang lagi.

Tiba-tiba MATI...

Di waktu itu terbeliak biji mata,
Bekalan yang dibawa tiada,
Menyesal sepanjang masa, tidak
berkesudahannya.