Posted by Wan Nur Zharif bin Wan Nordin in


Generasi tidak berkualiti?benarkah fenomena ini berlaku,kebanyakan mahasiswa lepasan Al-Azhar tidak berkualiti.Jika kita singkap sejarah lepas,mahasiswa yang bergelar status Al-Azhari merupakan individu yang sangat disegani dan dihormati.Bukan kerana disebabkan status mahasiswa oversea,tetapi disegani dan dihomati dek kerana hebat dan mantapnya ilmunya yang mampu memberi impak yang berguna kepada masyarakat Malaysia khususnya.Apa yang perlu dikaji dan diteliti disini ialah kemana hilangnya kualiti itu?disinilah yang perlu kita robek dan gali,bagaimana hendak mengembalikan generasi yang berkualiti yang mampu berbakti kepada masyarakat.

Saya juga selaku salah seorang mahasiwsa yang menuntut di Universiti Al-Azhar Syarif,menyedari fenomena buruk yang melanda para Azhari kini.Tujuan entri ini ditulis bukan hendak dituju kepada mana-mana pihak,tetapi ia bertujuan untuk mengajak sahabat-sahabat berfikir dan bergerak untuk mengatasi fenomena yang merosakkan nama baik Al-Azhar itu sendiri.Al-Azhar merupakan medan latihan bagi kita,di Malaysia pula merupakan medan yang sebenar bagi membantu masyarakat Malaysia kita yang semakin hanyut dengan syurga dunia.Inilah beban yang kita harus pikul,tidak dapat tidak kita perlu mewajibkan diri kita untuk terjun ke medan yang penuh mencabar ini.

Oleh itu,bagaimana untuk kita membantu masyarakat Malaysia yang kita sayangi?adakah cukup sekadar duduk terperap didalam rumah dihadapan komputer@laptop.sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan amanah daripada keluarga.Ataupun mengabaikan program-program ilmiah yang dianjurkan oleh persatuan.bukan hendak menunding jari pada mana-mana pihak,tetapi khususnya pada diri yang hina lagi dina ini.Adakah ilmu kita sudah mampu untuk disampaikan kepada orang lain?tepuk dada tanya iman.Oleh itu,saya menyerukan kepada sahabat-sahabat yang dihormati,ayuh kita gemblengkan tenaga dan menambah thaqafah untuk bekalan ilmu untuk kita bawa balik ke Malaysia untuk disampaikan kepada masyarakat.

Marilah kita sama-sama kutip mutiara ilmu yang bertimbun dibumi Anbiya’ ini.Jangan satu hari nanti kita menyesal kerana tidak mengambil kesempatan dengan peluang yang kita miliki sekarang ini.Seterusnya,menyangkal tohmahan-tohmahan buruk yang dilemparkan kepada mahasiswa Al-Azhar dan mengembalikan semula generasi gemilang Al-Azhar di Tanah Melayu.InsyaAllah,perbuatan baik akan dibalas baik.Sekian pada kali ini,jika ada kesalahan sila betulkan dan jika ada pandangan yang lebih bernas boleh kemukakan..InsyaAllah kita kongsi bersama..

This entry was posted on Saturday, October 24, 2009 at 1:22 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment