Jadilah seorang pemaaf  

Posted by Wan Nur Zharif bin Wan Nordin in

Alhamdulillah,masih lagi diberi ruang dan kelapangan bagiku untuk bertinta di arena penulisan ini.Bersyukur pada Allah atas nikmat iman dan islam yang diberikan kepada kita.Jika kita lihat pada masa kini,sudah ramai yang tidak dapat menikmati kedua-dua nikmat yang terbesar ini.Masalah murtad sudah kian rancak menular di tanah air kita.Agama Islam dipermain-mainkan oleh tangan-tangan kotor musuh Islam laknatullah.Sungguh bijak percaturan mereka,setelah kemenangan kes Lina Joi di mahkamah,persatuan murtad juga diluluskan.Apa pula yang akan terjadi seterusnya..Jadi,mari kita hisab balik diri kita,bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan ini dan apa tidakan kita untuk berdepan dengan isu murtad ini.Fikir-fikirkan sahabatku.

Apa yang hendak saya coretkan disini bukanlah tentang isu murtad,ia hanya muqaddimah sahaja untuk membuka mata kita bertapa teruknya,runtuhnya,rebahnya iman seorang muslim pada hari ini.Kita sekarang hidup dalam suasana bermasyarakat,kita ada keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan,lebih-lebih lagi kita ini yang hidup dalam suasana belajar yang memerlukan pertolongan antara satu sama lain.Di dalam kesibukan kita mencari ilmu ini,mesti kita pernah ataupun terbuat salah dengan sahabat-sahabat kita.Sehingga tersinggung hati kawan kita,sampai hendak lihat muka kita pun tak sudi.Jadi,berhati-hatilah dalam bersahabat,jangan kerana kita,ukhuwah tergadai.Untuk memelihara ukhuwah antara kita,jadilah seorang PEMAAF.menjadi seorang pemaaf bukanlah satu perkara yang mudah.Mungkin ada yang menyangkal,boleh ke kita memafkan orang yang telah melakukan sesuatu perkara yang paling kita benci.Memang susah hendak memaafkan orang,dan begitu juga dengan org lain,begitu susah juga hendak memaafkan kita.

Jadi disini,mari kita singkap kembali sirah,lembaran sejarah islam.Pada zaman Rasulullah S.A.W,memang banyak contoh teladan di zaman Rasulullah S.A.W..Dimana,pada satu ketika itu berlangsungnya satu muhadharah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W,ketika itu ada seorang sahabat nabi ini bangun untuk keluar,lalu Rasulullah berkata,dia adalah ahli syurga.Selepas itu ada seorang lagi sahabat nabi yang ingin ketahui,kenapa Rasulullah S.A.W mengatakan dia ahli syurga.Lalu sahabat itu pergi ziarah ke rumahnya.Dia melihat amal sahabat itu biasa sahaja,sama seperti dia.Esoknya,dia datang lagi berziarah ke rumah sahabat itu td,hanya amal yang sama dilakukannya dan dia datang lagi pada hari ketiga,masih lagi melakukan amal yang sama.Si Sahabat tuan rumah itu pun bertanya,”apakah tujuan engkau datang kemari”?Lalu dia menjawab,”kenapa Rasulullah mengatakan bahawa engkau adalah ahli syurga,mana mungkin Rasulullah menipu”.Seraya lelaki itu berkata,”pada setiap malam,sebelum tidur,aku akan memaafkan kesalahan setiap orang.Itulah yang sentiasa aku amalkan”.

Begitulah tingginya martabat orang yang selalu memaafkan orang lain.InsyaAllah mari kita muhasabah kembali diri kita,mampukah kita menjadi seorang yang pemaaf.InsyaAllah,perbuatan yang baik,akan dibalas baik.Allah Maha Adil.Kita ambillah teladan daripada sirah-sirah terdahulu untuk jadikan thaqafah bagi diri kita..Jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam..


This entry was posted on Tuesday, October 27, 2009 at 12:20 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment